Sunday, June 14, 2009

PETUA KECANTIKAN:MERAWAT GATAL KULIT KEPALA

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali

URUTAN WAJAH CARA BETUL

Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

PETUA KESIHATAN: SAKIT GIGI

Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

PETUA KECANTIKAN:ATASI MASALAH BULU KETIAK

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

PETUA KECANTIKAN :HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.

PETUA KECANTIKAN : RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

PETUA KESIHATAN: MENCANTIKKAN BETIS

Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.
PETUA INI ADALAH RAWATAN AWAL SEBELUM MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL

SEBELUM DIAMALKAN HENDAKLAH
• Baca bismillah
• Beristifar
• Baca Fatihah 1X
• Baca Ayat Kursi 1X
• Baca Doa Penyembuh Penyakit
• Berharap semoga mendapat keberkatan dari Allah

ILMU AGAMA KONGSI BERSAMA